November 29, 2012

BOWLING BUILDTECH DAY 2012


Pada 29 julai 2012 bersamaan hari ahad, persatuan  Buildtech telah mengadakan Bowling Buildtech Day 2012 bersama para pelajar dan pensyarah Diploma Bangunan. Seramai 90 orang pelajar dan 6 orang pensyarah Diploma Bangunan telah menghadirkan diri dalam aktiviti ini.






Objektif aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara semua pelajar dan pensyarah Diploma Bangunan. Selain itu, Bowling Buildtech Day memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat terutama pelajar semester satu yang baru sahaja mendaftar masuk.

                Pelajar bertolak dari UiTM pada jam 8.00 pagi dengan menggunakan bas UiTM menuju ke Crystal Bowl, BDC. Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar. Bacaan doa diketuai oleh Julkarnain Bistari seterusnya ucapan daripada Presiden Buildtech, Yusri Azman. Aktiviti regangan badan diketuai Felix Japi selaku penolong ketua projek. Taklimat daripada ketua projek, Muhammad Amir Ramli.

                Terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori pemain lelaki terbaik, pemain wanita terbaik dan pasukan terbaik. Setiap pasukan disertai oleh enam orang ahli. Peserta akan diadili berdasarkan ‘point’ yang telah dikumpul oleh kumpulan masing-masing.

                Aktiviti dimulakan tepat jam 9.15 pagi, berehat pada jam 12 tengahari dan bermula semula pada jam 2.00 petang.

                Aktiviti terakhir ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta yang hadir. Aktiviti tamat pada jam 5.00 petang.

No comments:

Post a Comment