September 7, 2014

Pada tarikh 24 Ogos 2014,  Persatuan Buildtech telah menganjurkan pertandingan bowling bertempat di
Parkson Riverside Kuching Sarawak. Aktiviti ini disertai seramai169 orang pelajar Diploma Bangunan iaitu dari semester 1 hingga semester 6. Aktiviti ini juga disertai oleh 5 orang pensyarah Diploma Bangunan.



Objektif pertandingan ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara para pensyarah dan para pelajar. Selain itu juga aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menyemai sikap kerjasama antara ahli pasukan walaupun berlainan agama, bangsa dan umur. Aktiviti ini disertai oleh 22 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang didalam setiap kumpulan.




Pelajar telah bertolak dari UiTM pada jam 11.30 pagi dan sampai di Parkson Riverside pada jam 12.15 tengahari dengan menggunakan bas UiTM. Pertandingan bermula pada jam 1.30 petang.

Pertandingan tamat pada jam 7.30 malam dan diakhiri oleh majlis peyampaian hadiah dan semua pelajar yang terlibat bergambar dengan pemilik Riverside Bowling tersebut. Pada jam 8.00 malam para peserta beransur balik dan tiba di UiTM pada jam 8.45 malam.