February 13, 2014

Acoustic Night


"Program Malam Akustika Bersama Buildtech” telah dilangsungkan pada 9 Februari 2014 di bawah naungan persatuan Buildtech dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. Program seperti ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam dikalangan pelajar UiTM, Sarawak.  


Aktiviti ini turut dapat memupuk kreativiti dan inovasi pelajar dalam melaksanakan dan menguruskan sesebuah majlis yang besar. Selain itu, aktiviti ini bermatlamat untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar dan  pensyarah UiTM. 


Program ini bertempat di Dewan Jubli, UiTM Sarawak disertai dengan bilangan peserta yang bertanding iaitu seramai 25 orang. Bilangan penonton yang hadir pada malam tersebut berjumlah 1,400 orang termasuk pensyarah-pensyarah dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. Program ini juga turut mengundang beberapa artis jemputan iaitu NanaSheme yang merupakan artis kelahiran YouTube, di bawah kontrak Life Records, Malaysia dan Indraloka - sebuah kumpulan muzik dibawah naungan Kelab Kebudayaan UiTM Sarawak.



Persembahan pembukaan daripada Indraloka.


Persembahan daripada NanaSheme








Persembahan selingan istimewa daripada pesnyarah Diploma Bangunan.


En. Awg Fardillah Awg Hussin dan En. Hazis Wahab dijemput pada malam majlis tersebut sebagai Panel.


Para pensyarah yang hadir pada malam tersebut.




Penasihat Buildtech menyampaikan hadiah kepada para pemenang "Malam Akustika"