September 5, 2011

LAPORAN AKTIVITI BOWLING MATCH DAY 2011



Pada 14 July 2011 bersamaan hari ahad, persatuan BUILDTECH telah mengadakan ‘ BOWLING MATCH Day’ bersama para pelajar dan juga pensyarah Diploma Bangunan. Seramai 90 orang pelajar dan 7 0rang  pensyarah Diploma Bangunan telah menghadirkan diri dalam aktiviti ini.
Objektif aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua pelajar dan pensyarah Diploma Bangunan. Selain itu, BOWLING MATCH DAY member peluang kepada pelajar untuk ‘release tension ‘ sebelum menghadapi final exam.
Pelajar bertolak dari UiTM pada jam 8.30 pagi dengan menggunakan bas UiTM dan tiba di Crystal Bowl BDC  pada jam 9.00 pagi. Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar serta ketibaan pensyarah. Seterusnya, bacaan doa oleh Mohd Nazri Bin Jangani dan ucapan daripada pketua program Diploma Bangunan. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada kumplan masing-masing. Terdapat 10 kumpulan termasuk kumpulan yang terdiri oleh pensyarah sahaja. Aktiviti dimulakn tepat jam 10.00 am dan berakhir para jam 2.00 pm. Peserta perlu menghabiskan 3 pusingan dan markah akan diambil berdasarkan mata terkumpul.
Sebelum mengakhiri aktiviti, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta yang hadir. Kumpulan yang terdiri daripara pensyarah telah menjadi johan pada pertandingan boling pada kali ini. Majlis di akhiri dengan sesi bergambar bersama pensyarah. Pelajar tiba di UiTm pada jam 3.30 pm.













No comments:

Post a Comment