July 31, 2011

LAPORAN AKTIVITI BUILDTECH FAMILY DAY


Pada 3 July 2011 bersamaan hari ahad, persatuan BUILDTECH telah mengadakan ‘ BUILDTECH Family Day’ bersama para pelajardan juga pensyarah Diploma Bangunan. Seramai _ orang pelajar dan _ pensyarah Diploma Bangunan telah menghadirkan diri dalam aktiviti ini.
Objektif aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua pelajar dan pensyarah Diploma Bangunan. Selain itu, BUILDTECH Family Day member peluang kepada pelajar untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat terutama pelajar semester 1 yang baru sahaja mendaftar masuk.
Pelajar bertolak dari UiTM pada jam 6.45 pagi dengan menggunakan bas UiTM dan tiba di Kem Permai pada jam 8.00 pagi. Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar serta ketibaan pensyarah. Seterusnya, bacaan doa oleh Mohd Nazri Bin Jangani dan ucapan daripada presiden BUILDTECH iaitu Azizan Hijazi Bin Lokman. Seterusnya, aktiviti senamrobik yang di ketuai oleh ajk permainan iaitu Asyseera Jaini dan Muhammad Faiz Bin Osman.Kemudian, taklimat dari ajk permainan serta pembahagian peserta kepada 7 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan kain sebagai lambang kepada kumpulan masing – masing. Terdapat kumpulan merah, biru, merah jambu, ungu , oren,hijau dan kuning.
Aktiviti dimulakn tepat jam 9.00 am.Aktiviti dimulai dengan permainan ‘dari timur ke barat’, ‘ulat kaki seribu’, ‘syiling emas’, dan semanis kurma.Pada pukul 12.00 tengahari, semua pelajar diberi masa untuk menjamu selera makan tengahari, solat dan berehat. Aktiviti diteruskan lagi pada pukul 1.00 petang dangan aktiviti ‘setinggi dunia’ , ‘nagasaki dan hiroshima’, ‘sampai syurga’. Aktiviti berhenti pada jam 3.45 petang sehingga 4.14 petang bagi member laluan solat asar. Selepas itu, permainan ‘sebesar padang bola’ berlangsung dan diakhiri dengan permainan ‘sekecil tapak tangan’.
Sebelum mengakhiri aktiviti, acara penyampaian hadiah kepada par pemenang dan peserta yang hadir. Sementara menunggu ketibaan bas UiTM untuk kembali ke kampus, semua pelajar telah bergotong – royong membersihkan kawasan aktiviti. Pelajar tiba di kampus pada jam 6.00 petang.

laporan disediakan oleh

-N. Szazlina A.A-












1 comment: