July 31, 2011

LAPORAN AKTIVITI BUILDTECH FAMILY DAY


Pada 3 July 2011 bersamaan hari ahad, persatuan BUILDTECH telah mengadakan ‘ BUILDTECH Family Day’ bersama para pelajardan juga pensyarah Diploma Bangunan. Seramai _ orang pelajar dan _ pensyarah Diploma Bangunan telah menghadirkan diri dalam aktiviti ini.
Objektif aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua pelajar dan pensyarah Diploma Bangunan. Selain itu, BUILDTECH Family Day member peluang kepada pelajar untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat terutama pelajar semester 1 yang baru sahaja mendaftar masuk.
Pelajar bertolak dari UiTM pada jam 6.45 pagi dengan menggunakan bas UiTM dan tiba di Kem Permai pada jam 8.00 pagi. Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar serta ketibaan pensyarah. Seterusnya, bacaan doa oleh Mohd Nazri Bin Jangani dan ucapan daripada presiden BUILDTECH iaitu Azizan Hijazi Bin Lokman. Seterusnya, aktiviti senamrobik yang di ketuai oleh ajk permainan iaitu Asyseera Jaini dan Muhammad Faiz Bin Osman.Kemudian, taklimat dari ajk permainan serta pembahagian peserta kepada 7 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan kain sebagai lambang kepada kumpulan masing – masing. Terdapat kumpulan merah, biru, merah jambu, ungu , oren,hijau dan kuning.
Aktiviti dimulakn tepat jam 9.00 am.Aktiviti dimulai dengan permainan ‘dari timur ke barat’, ‘ulat kaki seribu’, ‘syiling emas’, dan semanis kurma.Pada pukul 12.00 tengahari, semua pelajar diberi masa untuk menjamu selera makan tengahari, solat dan berehat. Aktiviti diteruskan lagi pada pukul 1.00 petang dangan aktiviti ‘setinggi dunia’ , ‘nagasaki dan hiroshima’, ‘sampai syurga’. Aktiviti berhenti pada jam 3.45 petang sehingga 4.14 petang bagi member laluan solat asar. Selepas itu, permainan ‘sebesar padang bola’ berlangsung dan diakhiri dengan permainan ‘sekecil tapak tangan’.
Sebelum mengakhiri aktiviti, acara penyampaian hadiah kepada par pemenang dan peserta yang hadir. Sementara menunggu ketibaan bas UiTM untuk kembali ke kampus, semua pelajar telah bergotong – royong membersihkan kawasan aktiviti. Pelajar tiba di kampus pada jam 6.00 petang.

laporan disediakan oleh

-N. Szazlina A.A-












April 22, 2011

Site Visit


Seramai 17 orang pelajar dari semester 03 Program Diploma Bangunan AP116, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Kota Samarahan, Sarawak dan diringi oleh pensyarah En Noorsaidi Mahat telah membuat lawatan ke tapak pembinaan di sekitar kawasan UNIMAS pada 7April 2011. Kawasan pembinaan melibatkan penyiapan dua Unit Pusat Pembelajaran Sentral (CTF3 & CTF4) seluas 12,000m persegi serta menelan kos sebanyak RM25.5 Juta dan dijangka siap dalam masa 24 bulan.  Lawatan akademik ini adalah merupakan sebahagian daripada keperluan bagi silibus kursus Building Construction III DBN214. Lawatan ini telah dapat membantu pelajar mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam mempraktikkan pelbagai tugasan yang dijalankan semasa berada didalam kuliah ke arah menangani masalah yang berkaitan dengan pelbagai jenis teknik dan teknologi berkaitan pembinaan bangunan IBS khususnya. Lawatan akademik ini telah mencapai objektifnya iaitu pendekatan secara pendedahan kepada pelajar berkenaan tentang pengetahuan keadaan sebenar kerja dan aplikasi kerja ditapak serta melatih pelajar berkerja dalam kumpulan disamping memupuk semangat berkerjasama, berdaya saing dan berdisplin dalam menyempurnakan tugasan serta tanggungjawab yang diberikan. Cenderamata sebagai tanda penghargaan telah diberikan kepada En luke Project Engineer, En Wong Project Manager dan wakil dari UNIMAS En. Awang Sham yang banyak memberi maklumat serta ilmu kepada para pelajar dan diucapkan ribuan terima kasih.
           
           







           
            Laporan disediakan oleh,

            Noorsaidi Mahat




Ekspo Selangkah ke UiTM

In conjunction with Ekspo Selangkah ke UiTM organized by Universiti Teknologi MARA Samarahan Campus on 26 & 27 March 2011, Faculty of Architecture, Planning and Surveying (FSPU) was one of the participants amongst  faculties,  units and divisions of the university. The expo was an ideal opportunity for students, particularly SPM leavers to find out more about FSPU, to meet and consult the Head of Programs and lecturers about related information. We at FSPU hopes that the public, as well as the students have gained concise information about the programs offered here in  Samarahan Campus through the event. Below are some photos taken during the 2 days event.


p/s: FSPU won 3rd place for the Best Booth Category.















prepared by, 


azrul berawi.