Seramai 17 orang pelajar dari semester 03 Program Diploma Bangunan AP116, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Kota Samarahan, Sarawak dan diringi oleh pensyarah En Noorsaidi Mahat telah membuat lawatan ke tapak pembinaan di sekitar kawasan UNIMAS pada 7April 2011. Kawasan pembinaan melibatkan penyiapan dua Unit Pusat Pembelajaran Sentral (CTF3 & CTF4) seluas 12,000m persegi serta menelan kos sebanyak RM25.5 Juta dan dijangka siap dalam masa 24 bulan. Lawatan akademik ini adalah merupakan sebahagian daripada keperluan bagi silibus kursus Building Construction III DBN214. Lawatan ini telah dapat membantu pelajar mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam mempraktikkan pelbagai tugasan yang dijalankan semasa berada didalam kuliah ke arah menangani masalah yang berkaitan dengan pelbagai jenis teknik dan teknologi berkaitan pembinaan bangunan IBS khususnya. Lawatan akademik ini telah mencapai objektifnya iaitu pendekatan secara pendedahan kepada pelajar berkenaan tentang pengetahuan keadaan sebenar kerja dan aplikasi kerja ditapak serta melatih pelajar berkerja dalam kumpulan disamping memupuk semangat berkerjasama, berdaya saing dan berdisplin dalam menyempurnakan tugasan serta tanggungjawab yang diberikan. Cenderamata sebagai tanda penghargaan telah diberikan kepada En luke Project Engineer, En Wong Project Manager dan wakil dari UNIMAS En. Awang Sham yang banyak memberi maklumat serta ilmu kepada para pelajar dan diucapkan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment