March 29, 2011

FUTSAL INTERPART


logo complete 1
“BEYOND THE LIMIT”

LAPORAN AKTIVITI FUTSAL MATCH INTER-PART
Pada 13 March  2011 yang lalu, persatuan BUILDTECH telah menganjurkan aktiviti ‘Futsal Match inter- part’ yang bertempat di Golden Hawk Court Samarahan. Aktiviti ini merupakan aktiviti sukan yang diadakan pada setiap semester awal tahun. Objektif utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara pelajar dan tenaga pengajar disamping menggalakkan mereka untuk aktif bersukan. Aktiviti ini telah melibatkan seramai 90 orang pelajar dan 9 orang pensyarah. Aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya dengan bantuan 10 orang krew.
Pelajar bertolak dari UiTM pada jam 8.00 pagi dengan menaiki bas UiTM. Pada pukul 8.30 pagi semua pelajar sudah berkumpul di Golden Hawk Court. Kemudian mereka diberi taklimat ringkas oleh ketua projek iaitu Ahmad Termidzi bin Zainal Ariffin. Kategori lelaki terbahagi kepada 7 pasukan manakala kategori untuk perempuan pula terbahagi kepada 5 pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 8 orang peserta. 5 orang akan turun bermain manakala 2 orang selebihnya akan menjadi simpanan.
Pertandingan dimulakan tepat pada jam 9.00 pagi. Masa peruntukan untuk setiap perlawanan futsal adalah 15 minit. Perlawanan ini juga dimainkan secara liga. Semua pasukan akan berlawan dengan pasukan lain yang ada. Kemenangan dikira daripada penjaringan mata gol yang terbanyak.
Pada jam 12.00 tengahari, semua peserta diberi masa untuk berehat dan makan hidangan tengahari. Parlawanan diteruskan lagi pada jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Sebelum mengakhiri aktiviti, ucapan terimah kasih daripada pensyarah, seterusnya acara penyampaian medal kepada pemenang dan hamper saguhati kepada pasukan yang terlibat oleh pensyarah yang hadir.
Sementara menunggu ketibaan bas UiTM untuk kembali ke kampus, semua peserta diminta untuk bergotong- royong membersihkan kawasan perkarangan padang. Pelajar tiba di kampus UiTM pada jam 4.00 petang.


Laporan disediakan oleh BUILDTECH SOCIETY










February 22, 2011

Basic Survey Course


The Basic Survey Course was held on the 19th February 2011.
Handled by Mr Chow from Kuala Lumpur and assisted by Mr Azrul from our department.
The aim of the course was to ensure that the department lecturers can handle the survey instument and got some basic operating knowledge and procedure.

It was the opportunity for the lecturers to handle the instruments such as total station, dumpy level and prismatic compass. The course ran smoothly and ended at 1 pm.

Below are few photos taken during the course.









January 29, 2009

Forewored from the Head of Program

Building Department was established in UiTM Sarawak on semester July-Nov 2005. It was to fullfill the request from the State Government. The purpose is to encourage more participation of Bumiputra into the Construction Industry.