September 5, 2011

LAPORAN AKTIVITI BOWLING MATCH DAY 2011



Pada 14 July 2011 bersamaan hari ahad, persatuan BUILDTECH telah mengadakan ‘ BOWLING MATCH Day’ bersama para pelajar dan juga pensyarah Diploma Bangunan. Seramai 90 orang pelajar dan 7 0rang  pensyarah Diploma Bangunan telah menghadirkan diri dalam aktiviti ini.
Objektif aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua pelajar dan pensyarah Diploma Bangunan. Selain itu, BOWLING MATCH DAY member peluang kepada pelajar untuk ‘release tension ‘ sebelum menghadapi final exam.
Pelajar bertolak dari UiTM pada jam 8.30 pagi dengan menggunakan bas UiTM dan tiba di Crystal Bowl BDC  pada jam 9.00 pagi. Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar serta ketibaan pensyarah. Seterusnya, bacaan doa oleh Mohd Nazri Bin Jangani dan ucapan daripada pketua program Diploma Bangunan. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada kumplan masing-masing. Terdapat 10 kumpulan termasuk kumpulan yang terdiri oleh pensyarah sahaja. Aktiviti dimulakn tepat jam 10.00 am dan berakhir para jam 2.00 pm. Peserta perlu menghabiskan 3 pusingan dan markah akan diambil berdasarkan mata terkumpul.
Sebelum mengakhiri aktiviti, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta yang hadir. Kumpulan yang terdiri daripara pensyarah telah menjadi johan pada pertandingan boling pada kali ini. Majlis di akhiri dengan sesi bergambar bersama pensyarah. Pelajar tiba di UiTm pada jam 3.30 pm.













LAPORAN AKTIVITI DINNER BUILDTECH



Pada 31 July 2011 bersamaan hari ahad, persatuan BUILDTECH telah mengadakan ‘ MAJLIS PENGHARGAAN PERSATUAN DIPLOMA BANGUNAN @ DINNER BUILDTECH ’ bersama para pelajar dan juga pensyarah Diploma Bangunan. Seramai 80 orang pelajar dan 7 pensyarah Diploma Bangunan telah menghadirkan diri dalam aktiviti ini.
Objektif aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua pelajar dan pensyarah Diploma Bangunan. Selain itu, BUILDTECH Family Day memberi peluang kepada pelajar akhir semester untuk manjadikan majlis ini sebagai tanda kenangan kepada pelajar semester akhir.
Pelajar bertolak dari UiTM pada jam 6.30 petang dengan menggunakan bas UiTM dan tiba di Penview Inn Hotel pada jam 7.00 petang. Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar serta ketibaan pensyarah. Seterusnya, bacaan doa oleh Mohd Nazri Bin Jangani dan ucapan daripada presiden dan penasihat BUILDTECH iaitu Azizan Hijazi Bin Lokman dan Sir Abdul Wafi Bin Razali. Seterusnya, persembahan dari setiap part dilangsungkan, acara menjamu selera serta majlis penghargaan kepada para peensyarah.
Sebelum mengakhiri aktiviti, acara penyampaian hadiah kepada ‘king’ dan ‘queen’ pada malam makan mala mini iaitu Mohd Faiz Bin Ramli dan pasnagannya Nur Hazwani Md Ghazi. Kemudian, acara bergambar bersama pensyarah dan majlis bersurai pada jam 10.45 malam.