September 7, 2014

Pada tarikh 24 Ogos 2014,  Persatuan Buildtech telah menganjurkan pertandingan bowling bertempat di
Parkson Riverside Kuching Sarawak. Aktiviti ini disertai seramai169 orang pelajar Diploma Bangunan iaitu dari semester 1 hingga semester 6. Aktiviti ini juga disertai oleh 5 orang pensyarah Diploma Bangunan.



Objektif pertandingan ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara para pensyarah dan para pelajar. Selain itu juga aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menyemai sikap kerjasama antara ahli pasukan walaupun berlainan agama, bangsa dan umur. Aktiviti ini disertai oleh 22 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang didalam setiap kumpulan.




Pelajar telah bertolak dari UiTM pada jam 11.30 pagi dan sampai di Parkson Riverside pada jam 12.15 tengahari dengan menggunakan bas UiTM. Pertandingan bermula pada jam 1.30 petang.

Pertandingan tamat pada jam 7.30 malam dan diakhiri oleh majlis peyampaian hadiah dan semua pelajar yang terlibat bergambar dengan pemilik Riverside Bowling tersebut. Pada jam 8.00 malam para peserta beransur balik dan tiba di UiTM pada jam 8.45 malam.



















August 31, 2014

MAJLIS TERTINGGI BUILDTECH SESI 2014/2015



PENASIHAT BUILDTECH - MS. NURUL ASHIKIN MD. SIDEK
YDP BUILDTECH - FARIDZUAN
NAIB YDP BUILDTECH - IZZAT & PHYNILIA
SETIAUSAHA - HAZWANI
BENDAHARI  - LUQMAN & SHAFIRA 
BIRO PUBLISITI - SHAZREEN & AFIFAH 
BIRO KECEMERLANGAN - THEODORA & RIZAL 
BIRO KEROHANIAN & KEBAJIKAN  - EMIRUDDIN & THERESSA
BIRO SUKAN - IRFAN & SHERRON 

August 21, 2014

WE CARE, WE SHARE

Pada 9 Ogos 2014 bersamaan pada hari sabtu, Persatuan Buildtech telah mengadakan aktiviti " WE CARE, WE SHARE" bersama pelajar persatuan buidtech dan pensyarah. Seramai 10 orang pelajar dan seorang pensyarah.





Objektif aktiviti ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara para pelajar, pensyarah Diploma Bangunan dan anak-anak yatim Amal Nur Murni. Selain itu juga Program WE CARE, WE SHARE ini juga dapat menyemai sikap tanggungjawab dan tolong menolong di dalam diri setiap peserta.

Para pelajar telah bertolak dari  UITM pada jam 8.00 pagi dengan mengunakan kenderaan masing-masing dan tiba di Rumah Amal Nur Murni Batu Kawa pada jam 9.00 pagi. Setelah tiba di Rumah Amal Nur Murni, kami telah disediakan minuman pagi sebelum memulakan aktiviti. Kami memperkenalkan diri masing-masing kepada penjaga dan penghuni-penghuni Rumah Amal Nur Murni. Setelah selesai aktiviti memperkenalkan diri, kami semua memulakan aktiviti gotong-royong. Semua peserta dibahagikan tempat masing-masing untuk melakukan pembersihan. Kami telah membersihkan kawasan persekitaran rumah dan didalam rumah tersebut.










Antara aktiviti yang dilakukan di Rumah Amal Nur Murni.

Setelah selesai kerja pembersihan, kami mengakhiri aktiviti kami dengan menyampaikan sumbangan derma seperti makanan dan derma yang telah didermakan oleh persatuan kepada rumah anak yatim tersebut.


 Penasihat Buildtech, Cik Nurul Ashikin Binti Md Sidek menyampaikan derma kepada wakil Rumah Amal Nur Murni.